Satu kelemahan para graduan lepasan universiti. Kajian mendapati lambakan penggangur IPTA/IPTS gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan penulisan resume. Rata dari mereka tidak kenal apa itu Curriculum vitae ( CV ) dan apa itu Resume? Untuk pengetahuan anda, menulis resume kerja yang lengkap lagi mantap, peluang untuk anda dipanggil temuduga oleh majikan syarikat amatlah tinggi. Tengok gambar dibawah ;
Mari kita lihat apa perbezaan CV dan Resume ini ;
Resume
- Nama Dan Contact Info. Ini bermakna anda perlulah memasukkan nama penuh dan alamat seperti tertera di Kad Pengenalan. Maklumat perhubungan hendaklah info terkini dimana
anda tinggal, email aktif dan no telefon yang digunakan. - Pendidikan. Senaraikan peringkat rendah sehingga peringkat tinggi pelajaran di IPT, Politeknik atau Kolej
- Pengalaman berkerja. Senaraikan organisasi yang anda pernah kerja.
Natijah, penulisan resume walaupun nampak ringkas, tapi ada lagi rahsia resume kerja yang perlu anda ketahui. Disinilah anda akan ketahui bagaimana nak menulis resume yang lengkap. Lihat sini : Rahsia Resume Kerja
CV
- Nama Dan Maklumat Perhubungan. Sama seperti Resume
- Pendidikan
- Penganugerahan. Contoh dimana anda pernah memasuki mana – mana acara/program atau kursus.
- Bakat. Bakat yang ada pada anda seperti menari
- Pengalaman bekerja.
- Rujukan.
Dan pelbagai lagi, walaupun point CV banyak, untuk pengetahuan anda. Resume yang mantap hanyalah 2 helai muka surat sahaja berbanding penulisan CV.
Tahukah anda kekosong jawatan di sesebuah syarikat bukan bergantung pada segulung Diploma/Ijazah anda! Tapi masalah pekerjaan utama yang kian meruncing di kalangan graduan adalah tidak tahu langsung menulis resume! Ini antara penyebab anda tidak dipanggil kerja kerana kesilapan kritikal menulis resume ‘dilongkangkan’ oleh pihak majikan.
Saingan kerjaya yang semakin sengit tahun demi tahun pencari kerja kena kreatif. Majikan sekarang bukan hanya mementingkan akademik semata – mata malah mereka ini sendiri lebih suka pekerja yang berinovatif dan produktif! Bukan malas dan tunggu peluang datang!
Salah satu tips menulis Resume pastikan segala maklumat lengkap dan terkini. INGAT! tak seperti dahulu, masuk universiti keluar sesudah sebaik saja tamat pengajian cari kerja terus dapat. Itu zaman dulu ya!
Sekarang sudah berbeza persekitarannya. Masuk universiti, belajar CGPA 3.95 belum tentu menjamin pekerjaan buat anda. Oleh itu lihat Rahsia Resume Kerja untuk tahu panduan yang betul dan mantap menulis resume ;
Situasi Panas Nak Cari Kerja Yang Sedang Berlaku Di Malaysia Sekarang
- Statistik pencari kerja di Malaysia menunjukkan daripada 200 orang yang memohon kerja hanya 45% sahaja yang berjaya dipanggil temuduga dan kurang separuh daripadanya berjaya mendapat kerja. Mana pergi yang lain? Ini sangat membimbangkan…
- Ramai orang mintak kerja berkali-kali tapi tak pernah dapat…Di mana silapnya? Adakah pencapaian tak bagus? Yang hairannya pencapaian bagus pun tak dapat kerja juga…Zaman betul-betul sudah berubah!
- Lepasan graduan pada alaf baru ni TERLALU ramai…yelah banyak sekarang ni orang pandai-pandai…tiap-tiap tahun, beribu-ribu lepasan graduan di IPT dihasilkan…. tapi kerja yang ditawarkan terhad. Pasti anda kena bersaing.
- Ramai graduan terpaksa “menanam anggur” di rumah walaupun percapaian baik…Mengapa ini berlaku???Ramai yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajiannya, CGPA 3.99, dapat anugerah dekan tiap-tiap semester tetapi masih gagal dapat kerja. Semuanya cemerlang, apa yang tak kena lagi ni???
- “Eh…anak makcik Kiah tu bukannya pandai ker? Dari sekolah sampai Universiti dapat keputusan cemerlang. Anugerah sana…anugerah sini dia dapat tapi bila dah habis belajar ni kenapa dia tak keje?”
Tahukah anda ramai bekas graduan yang gagal dapat kerja…termasuklah anak makcik Kiah yang pandai tu. Apakah puncanya??? Anda mungkin tidak tahu penulisan resume yang betul.
Testimonial Dari Calon Yang Sudah Dapat Kerja Selepas Miliki Rahsia Resume Kerja Ini
Ini baru sikit, ramai lagi calon yang sudah kami membantu dapatkan pekerjaan idaman mereka samaada bekerja di sektor kerajaan ataupun sektor swasta. Kami di Kerjayalah.com bersama Tim Infokerjaya sudah membantu sejak tahun 2008 lagi. Baca lagi testimonial : Rahsia Resume Kerja
Leave a Reply