Kerjayalah.com

Laman Rujukan Kerjaya & Maklumat Pendidikan

  • Utama
  • Hubungi Kami
  • Dasar Privasi
  • Panduan Peperiksaan Online
  • Panduan Temuduga
    • Pembantu Tadbir
    • Pegawai Psikologi S41
    • Latihan Separa Perubatan
      • Jururawat
  • Iklan Peluang Kerjaya

You are here: Home / Panduan Temuduga / Jururawat / Panduan Temuduga Kerjaya Jururawat U29

May 3, 2015 Oleh Syahril Hafiz Leave a Comment

Panduan Temuduga Kerjaya Jururawat U29

Kerjaya Jururawat antara kerjaya yang diburu ramai orang terutamanya bagi calon lepasan SPM dan Diploma. Pusat insititusi kejururawatan yang semakin banyak dibangunkan bagi menampung permintaan kerjaya ini kian meningkat di sektor kerajaan dan sektor swasta.

contoh soalan temuduga jururawat spa, contoh soalan temuduga jururawat malaysia, contoh soalan temuduga jururawat us29, temuduga jururawat masyarakat, jururawat us29, cara permohonan jururawat, tugas jururawat, tips temuduga jururawat, jururawat spa, syarat permohonan jururawat

Malah anda sendiri boleh lihat di statistik pengambilan SPA untuk Jururawat, bidang kejururawatan ini memerlukan pengisian segera selepas anda tamat latihan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu, peluang untuk bidang kerjaya ini sentiasa terbuka kepada yang layak dan memenuhi syarat memohon. Jadi apa tunggu lagi, kami syorkan kepada anda buat segera permohonan di Portal Rasmi SPA dengan kadar segera.

Mengapa Perlu Mohon Kerjaya Jururawat Melalui SPA ?

Umumnya, kerja kerajaan ini banyak manfaatnya dari sektor swasta. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan sebuah badan suruhanjaya dibawah pentadbiran Kerajaan Malaysia. Sebelum anda menjawat bidang kejururawatan, SPA dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melatih calon – calon jururawat di pusat latihan kejururawatan di seluruh Malaysia dengan tajaan biasiswa, kemudahan asrama dan uniform jururawat.

Jururawat dikategorikan dibawah Latihan Separa Perubatan ini dibahagikan kepada 3 kategori antaranya ;

  • Jururawat
  • Jururawat Masyarakat
  • Jururawat Pergigian

Setiap pemohon yang berjaya akan menerima latihan kejururawatan selama 3 tahun.

Apa Itu Kerjaya Jururawat ?

Bidang kerjaya Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. Justeru itu, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020.

Faktor Calon Gagal Lepas Temuduga Jururawat

Pelbagai faktor yang menjadi penyumbang kegagalan temuduga jururawat. Untuk pengetahuan antara paling utama calon GAGAL ialah tidak tahu bagaimana nak menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga semasa temuduga kerjaya jururawat.

Ini sangat merugikan! Kerana calon tidak ‘pandai’ mengambil hati penemuduga, ketegasan, penampilan kurang memuaskan dan pelbagai lagi faktor.

Kami di Kerjayalah.com ingin berkongsikan dengan anda Panduan Khas Temuduga Jururawat. Panduan ini merupakan panduan utama yang dikeluarkan untuk rujukan calon Jururawat gunakan untuk mendapat gambaran jelas jenis – jenis soalan temuduga, tips, dan mendapatkan idea bagaimana nak LULUS temuduga kerjaya jururawat nanti.

Panduan Khas Temuduga Jururawat

Terdapat 7 komponen penting di dalam modul Nota Khas dan Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat Malaysia. Antaranya;

Modul 1 – Kerjaya Jururawat

Modul ini akan menerangkan secara asas tentang Kerjaya Jururawat

Modul 2 – Permohonan Jururawat

Sudah tentu bidang kejururawatan ini akan menjadi pilihan utama kerjaya calon lepasan SPM. Di dalam modul ini anda akan didedahkan secara terperinci mengenai permohonan jururawat.

Modul 3 – Permohonan Jururawat

Lepasan Diploma? Tak tahu cara nak buat permohonan untuk kerjaya jururawat? Modul ini khas buat lepasan Diploma dengan menyampaikan maklumat lebih jelas.

Modul 4 – Mudahnya Memohon di Hospital Swasta

Anda kurang berminat berkhidmat sebagai jururawat di sektor kerajaan? Tak mengapa, di sektor manapun anda sebagai jururawat, kerjaya anda tetap murni dan lumayan. Panduan ini memberi panduan kepada anda memohon kerjaya jururawat di hospital swasta. Jika permohonan jururawat kerajaan perlu mengisi borang permohonan di portal SPA, bagi jururawat swasta sedikit berbeza.

Anda diberikan beberapa tip berkesan sebelum memohon di hospital swasta. Tip yang sangat berguna kepada anda jika anda serius untuk berkhidmat di hospital swasta. Jangan ambil mudah yang ini ya!

Apa yang lebih menarik, anda diberikan senarai hospital swasta di seluruh negeri bagi memudahkan anda memohon terus kepada hospital yang berdekatan tempat anda. Apa lagi….jika hospital swasta pilihan anda, dapatkan panduan ini secepat mungkin.

Modul 5 – Panduan Pantas Penulisan Resume

Di dalam modul ini anda akan didedahkan dengan menulis resume dengan mantap. Anda tak tahu menulis resume,jangan risau. Maklumat yang terkandung dalam modul ini sangat lengkap!

Modul 6 – Temuduga Jururawat

Anda akan didedahkan dengan Persediaan Penting Temuduga buat bakal jururawat. Ada rahsia didalam ini bagaimana nak hadiri temuduga lebih yakin dan bersedia!

Modul 7 – 29 Soalan Spesifik

Soalan lazim tentang kerjaya jururawat dibongkarkan di modul ini. Modul ke-7 ini menghimpunkan soalan – soalan temuduga jururawat diajukan para penemuduga

Dapatkan Panduan Kerjaya Jururawat Di Sini

Sila dapatkan panduan khas kerjaya jururawat di pautan bawah

BELI PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA JURURAWAT

Syarat – Syarat Permohonan Jururawat

Lepasan SPM yang berumur 17 hingga 24 tahun adalah layak untuk memohon sebelum tarikh permohonan berakhir. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat (selain Kenaikan Pangkat Secara Latihan) dalam sektor awam atau badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya mestilah tidak mencecah umur 38 tahun pada tarikh akhir permohonan.

Syarat asas untuk memohon jawatan jururawat mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang sama taraf dengannya oleh kerajaan, kepujian dalam Matematik, Sains dan 3 subjek lain dan lulus subjek Bahasa Malaysia termasuklah Ujian Lisan pada tahap SPM atau kelayakan yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan.

Peluang Kerjaya Jururawat Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Jururawat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan untuk pembangunan kerjaya mereka. Latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut;

1. Kursus Pos Basik/Pengkhususan

  • Anaesthesia
  • Kebidanan
  • Kecemasan
  • Kejururawatan Kes Awam
  • Perawatan Gerontologi
  • Perawatan Koronari
  • Perawatan Neonat
  • Perawatan Oftalmik
  • Perawatan Onkologi
  • Perawatan Ortopedik
  • Perawatan Pediatrik
  • Perawatan Perioperatif
  • Perawatan Psikiatri
  • Perawatan Rapi
  • Perawatan Neurosains
  • Pengurusan Diabetes
  • Perubatan Sukan
  • Perawatan Otorinolaringologi
  • Forensik
  • Perawatan Perianestesia
  • Kawalan Infeksi
  • Perawatan Rehabilitasi
  • Penjagaan Kesihatan Primer
  • Gastrointestinal Endoscopy

2. Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana

Jururawat yang mempunyai kelayakan di peringkat diploma dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah layak mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji. Kemudahan ini diberikan sebanyak dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Kaedah pengajian boleh dilakukan sama ada secara separuh masa, pengajian jarak jauh atau separuh masa.

Carta Alir Kenaikan Pangkat Kerjaya Jururawat

contoh soalan temuduga jururawat spa, contoh soalan temuduga jururawat malaysia, contoh soalan temuduga jururawat us29, temuduga jururawat masyarakat, jururawat us29, cara permohonan jururawat, tugas jururawat, tips temuduga jururawat, jururawat spa, syarat permohonan jururawat

Sekiranya anda benar-benar berminat nak jadi Jururawat sebagai kerjaya anda, terus dapatkan Panduan Khas Kerjaya Jururawat sekarang juga.

BELI PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA JURURAWAT


Sumber gambar : Temuduga Jururawat

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Jururawat, Latihan Separa Perubatan, Panduan Temuduga Tagged With: Contoh Soalan Temuduga Jururawat, Jururawat, Latihan Separa Perubatan, Temuduga Jururawat

Dapat Panggilan SPA 2019?

Langgan sekarang untuk dapatkan panduan dan rahsia lulus temuduga SPA 2019 .

About Syahril Hafiz

Syahril Hafiz berkelulusan Diploma in Food Technology dalam bidang industri Halal & Teknologi Makanan di Malaysia. Kini sebagai penulis sepenuh masa di Laman Kerjayalah.com & Penjawat Awam. Bergerak atas nama Tim Infokerjaya bagi membantu graduan lepasan universiti tembus pasaran alam pekerjaan dan tahu cara menulis resume! Kejayaan anda keutamaan beliau.


Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERCUMA Update Kerjaya 2019

Daftar sekarang untuk dapatkan hebahan strategi kerjaya dan panduan lulus temuduga secara percuma. Masukkan emel aktif anda.

Emel anda selamat dengan kami

Kerja Kosong Terkini Di Agensi Kerajaan 2019

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Panduan Temuduga Kerja Swasta/Awam 2019

Artikel Terbaru

  • Ini Maklumat Sebenar Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan
  • Soalan Lazim Temuduga SPA – Bagaimana Penemuduga Memilih Calon?
  • Panduan Temuduga Kerjaya Jururawat U29
  • Panduan Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)
  • Panduan Temuduga Kerjaya Pembantu Tadbir Gred 17

Pilih Kategori

  • Informasi Kerjaya
  • Jururawat
  • Latihan Separa Perubatan
  • Panduan Temuduga
  • Pegawai Psikologi S41
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Umum

Pilih Arkib

  • May 2015
  • April 2015
Laman Rujukan Kerjayalah

Tentang Kerjayalah

logoKRLLaman Kerjayalah.com merupakan laman rujukan kerjaya dan maklumat pendidikan. Dan [Baca Lagi] .

  • Facebook

Komen Pelawat

  • Syahril Hafiz on Ini Maklumat Sebenar Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan
  • Muhammad Azam bin Muhamad on Ini Maklumat Sebenar Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan

Panduan Menulis Resume

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Kerjayalah.com tidak mewakili Portal Rasmi SPA.
Rakan Kerjasama Engine Carian