Buka minda anda sebentar? Adakah anda sedang marah, kecewa ataupun tertekan kerana anda dapati pengambilan baru kakitangan kerajaan dibekukan? Surat pembekuan jawatan baru SPA yang tersebar luas di laman sosial mencetus kemarahan para graduan disebabkan mereka menyangka tiada kekosongan jawatan atau kerja selepas ini di sektor awam.
Sebelum kami ulas lebih lanjut berkenaan maklumat sebenar kenapa dan mengapa dibekukan jawatan disaat – saat para graduan lepasan universiti memerlukan pekerjaan sekarang ini. Apa kata anda baca ‘screenshot‘ kenyataan media yang dikeluarkan oleh JPA.

Kecewa???
Anda baca dan teliti dengan betul garisan yang di’highlight’ kan oleh kami.
1) Pembekuan pewujudan jawatan baharu merupakan langkah pengawalan saiz perkhidmatan awam
Disebabkan faktor graduan lepasan universiti yang kian meningkat tahun demi tahun. Peluang untuk anda menjawat jawatan penting kerja kerajaan sangat banyak persaingannya. Anda seorang yang bijak dan proaktif kerana telah menjumpai laman ini sebagai Laman Rujukan Kerjaya No 1 anda untuk hebahan kerjaya terkini dan maklumat rujukan kerjaya di Malaysia. Kami disini akan membantu para graduan sebaik mungkin untuk anda tembus pasaran pekerjaan perkhidmatan awam!
2) JPA dalam kenyataan hari ini berkata pengisian kekosongan jawatan berikutan persaraan, peletakan jawatan, pertukaran, kematian dan penamatan perkhidmatan masih boleh dilaksanakan seperti biasa.
Untuk pengetahuan anda, ini adalah maklumat sebenar anda perlu ketahui. SPA dan JPA tidak membekukan 100% pengambilan baru sebaliknya masih ada peluang yang cerah jika berlaku kes – kes seperti berikut.
3) Pendekatan rasionalisasi perkhidmatan awam pernah dilaksanakan pada 2008, 2010 dan 2011.
Isu pembekuan jawatan baru ini telah lama dilaksanakan seperti tahun berikut. Anda jangan kecewa, kerana pembekuan pengambilan penjawat awam baru ini hanyalah sementera.Sementara tunggu semuanya balik sediakala. Takkanlah anda hanya mahu menganggur bukan? Cari kerja..cari kerja.. buru sektor swasta. Yang pasti! Nak kerja swasta ini pastikan resume anda memang mantap dan persediaan temuduga terbaik!
4) JPA berkata pembekuan pewujudan perjawatan baharu dalam perkhidmatan awam akan diimbangi dengan usaha menambahkan peluang pekerjaan di sektor swasta.
Langkah yang diambil kerajaan ini harus dipuji. Ini kerana dalam usaha untuk menambahkan peluang pekerjaan di sektor swasta. Anda sebagai graduan lepasan universiti, sila buka minda. Ada banyak syarikat memerlukan kepakaran anda untuk maju bersama. Ini selaras dengan laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan 3.3 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan menjelang tahun 2020.
Lihat keratan akhbar diatas, kebimbangan CUEPACS selaku Kongress Kesatuan Pekerja – Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam sangat mengejutkan. Datuk Azih Muda sebagai Presiden berharap kerajaan dengan arahan pembekuaannya hanyalah bersifat sementera.
Persepsi masyarakat terutama golongan muda, sila cari alternatif lain iaitu buru kerjaya di sektor swasta!
Tindakan Yang Anda Perlu Ambil Tentang Isu Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan
- Sila kemaskini borang SPA8i secara kerap.
- Bertindak segera dengan cari jawatan kosong di agensi kerajaan ataupun sektor swasta. Anda boleh layari portal JobsMalaysia.gov.my
- Terokai peluang kerjaya di sektor swasta. Pengalaman kerja di sektor swasta sangat berlainan dengan kerja kerajaan. Pengalaman kerja swasta boleh dijadikan modal untuk berkhidmat di sektor awam nanti. Pengalaman kerja swasta adalah nilai tambah untuk persediaan temuduga kerja kerajaan.
- Tulis resume yang berkualiti dan mantap. Sediakan resume yang memukau majikan untuk menerima anda sebagai staf syarikat. Ingat penulisan resume yang tidak efisyen tidak menjamin anda akan dipanggil ke temuduga.
Jangan jadikan isu pengambilan baru kakitangan kerajaan dibekukan sebagai penghalang untuk anda memburu kerjaya. Fikirkan masa depan anda dengan fokus terhadap pencarian pekerjaan dan pengalaman kerja terlebih dahulu!
Tonton Video Dibawah Kerja Kerajaan 2015 Dibekukan! Ketahui bagaimana anda boleh terus melangkah dalam kerjaya tanpa pedulikan isu ini !
Kesimpulannya, anda boleh daftar segera di ruangan emel dibawah untuk dapatkan hebahan terkini kerjaya. Kami juga akan mengadakan Flash Sales 72 Jam pada 25 Mei 2015 ini. Kesemua produk dari Tim Infokerjaya akan diberikan diskaun terhebat sebanyak 70%. Masukkan emel aktif anda sekarang!
As salam. Belum terima apa2 panggilan . Masih menunggu kalau ada sinar harapan. terima kasih kerana bertanya.
Kerap kemaskini jawatan SPA. InsyaAllah mungkin ada panggilan. Sabar menanti ye 🙂